fbpx
TRUMP berjabat tangan dengan Netanyahu di White House semalam. – AFP

Negara-negara Islam sokong pelan damai Trump untuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DOHA – Negara-negara Islam utama  menyokong rancangan  Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza, walaupun ramai rakyat Palestin mengecam cadangan tersebut sebagai ‘sandiwara’.

Sekutu-sekutu Eropah Washington menggesa Hamas  menerima rancangan itu yang juga disokong  Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Netanyahu turut memberi amaran bahawa lebih banyak kemusnahan akan berlaku jika Hamas menolak pelan damai Trump.

Lapan negara Arab berkata dalam kenyataan bersama bahawa mereka ‘mengalu-alukan peranan Presiden Amerika Syarikat dan usaha ikhlasnya yang  untuk menamatkan perang di Gaza’.

Negara-negara tersebut termasuk Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu dan Turkiye yang semuanya mengiktiraf Israel.

Qatar, dan Arab Saudi turut menandatangani kenyataan itu.

Dua negara penduduk majoriti Muslim paling ramai dunia iaitu Indonesia dan Pakistan juga menyokong kenyataan sama.

Indonesia malah menawarkan tenteranya sebagai sebahagian daripada pasukan keselamatan Gaza di masa hadapan, manakala Pakistan bersungguh-sungguh untuk berbaik dengan Trump dan memperbaiki hubungan Islamabad dengan Washington.

Hamas masih belum mengulas secara mendalam, mengatakan kumpulan itu masih belum menerima rancangan tersebut. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI