fbpx
Mohamad Azhar menunjukkan minuman keras yang dirampas pihaknya pada sidang akhbar itu. FOTO: SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Kastam Selangor tumpas 536 kes seludup RM124.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sejumlah 536 kes cubaan penyeludupan barangan dan komoditi berjaya ditumpaskan dengan nilai RM124.77 juta termasuk cukai dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, ini antaranya melibatkan
minuman keras, rokok, tembakau, mercun, dadah, skrap, besi, barangan elektrik, daging sejuk beku dan sebagainya.

Menurutnya, minuman keras mencatatkan jumlah kutipan cukai paling tinggi iaitu sebanyak RM28.8 juta dengan 57 kes.

“Ini berikutan permintaannya yang tinggi terutama ketika musim perayaan, namun cuba mengelak cukai.

“Minuman keras ini cukainya adalah RM25 perliter dengan barangan cuba dibawa masuk termasuk diikrarkan sebagai ubat-ubatan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelasnya, bagi rampasan melibatkan skrap kebanyakan melibatkan skrap besi dengan nilai rampasan termasuk cukai sebanyak RM57.8 juta.

“Kalau e-waste kita akan serahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan selanjutkan,” katanya.

Kata Mohamad Azhar, rampasan terbaharu melibatkan 4,462.5 liter minuman keras bernilai RM122,171
adalah pada 11 Julai lalu terhadap sebuah kontena di Zon Bebas Pelabuhan Utara.

Ujarnya, kontena itu turut mengandungi 360 telefon pintar dengan anggaran termasuk cukai berjumlah RM203,490.

“Kontena itu dibawa masuk dengan barangan dagangan diikrarkan antaranya sebagai tuala, pemutar skru dan buku latihan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) dan Seksyen 133 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN