fbpx
Sulizmie pada sidang akhbar di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

Sindiket dadah bernilai lebih RM250,000 tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah kondominum di Jalan Yap Kwan Seng, di sini pada 25 September lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik kira-kira pukul 10.20 malam hasil maklumat risikan.

“Hasil pemeriksaan ke atas unit apartmen itu, polis menjumpai 503 botol berisi cecair disyaki dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat 239.5 kilogram, selain 298 gram serbuk MDMA, 20 gram pil Erimin 5 dan 19.6 gram ketamin.

“Setiap botol cecair MDMA berkenaan pula dijual pada harga sekitar RM450 dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM251,020 dengan anggaran boleh digunakan seramai 3,631 penagih,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI