fbpx
Gambar hiasan

13 terkorban nahas jalan raya semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sebanyak 13 kematian direkodkan melibatkan kemalangan jalan raya di seluruh negara semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, PDRM memberitahu, jumlah keseluruhan kemalangan yang dicatatkan semalam adalah sebanyak 1,554 kes.

“Terdapat penurunan sebanyak 221 kes kemalangan dan penurunan dua kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

“Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi,”kata PDRM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI