fbpx
Ashraf menarik kapal menggunakan tali yang digigit pada giginya. - Soleil Radio

Badang Mesir guna gigi tarik kapal 1,043,000 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Seorang ahli gusti Mesir cuba memecahkan  rekod dunia dengan menarik kapal seberat 635,000 kilogram (kg) dengan hanya menggunakan giginya, lapor saluran berita Sky News.

Ashraf Mahrous, 44, menarik kapal itu merentasi air di pusat peranginan Laut Merah Hurghada, Sabtu lalu.

Dia yang digelar  ‘orang kuat’ kemudian menarik dua buah kapal seberat kira-kira 1,043,000 kg serentak kelmarin.

“Hari ini(kelmarin), saya datang untuk memecahkan rekod dunia, saya menarik dua buah kapal ini

“Syukur  kepada Tuhan, saya mampu membuktikan kepada rakan-rakan dan seluruh dunia bahawa Tuhan memberkati saya dengan menjadikan saya lelaki terkuat dunia,” katanya.

Ahli gusti dari bandar pelabuhan Ismalia itu berkata, dia akan menghantar video dan gambar percubaannya kepada  Guinness World Records untuk melihat sama ada dia telah mencatatkan rekod baharu dunia.

Rekod semasa adalah kapal seberat 557,000 kg yang ditetapkan pada 2018. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI