PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak dari arah Pantai Timur menuju ke ibu negara susulan cuti empat hari sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.
Tinjauan melalui televisyen litar tertutup di laman web Lembaga Lebuhraya pada pukul 5.10 petang ini mendapati, terdapat pertambahan jumlah kenderaan di Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur.
Kesesakan dilaporkan berlaku dari Plaza Tol Gombak hingga Kilometer (KM) 21.6, manakala di Bentong melibatkan KM 61.8. – KOSMO! ONLINE