fbpx
Orang ramai berusaha mengeluarkan seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Seremban kelmarin.

Guru antara lapan dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Lapan individu termasuk guru dan orang awam sudah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tragedi seorang murid lelaki berusia sembilan tahun yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan ketika menyertai kejohanan olahraga di sebuah sekolah di Lenggeng, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, setakat ini siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

“Polis menjangka lebih ramai saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media semalam melaporkan, mangsa dikenali sebagai Abdul Fattah Khairul Rizal, 9, maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan berkenaan ketika menyertai kejohanan olahraga di sekolahnya.

Abdul Malik berkata, siasatan awal mendapati pada jam 9.20 pagi, mangsa dilihat orang awam terjatuh ke dalam saluran kumbahan ketika program sukan berlangsung.

“Orang awam yang berada di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa sebelum pasukan bomba tiba. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN