fbpx
Aiman Athirah (tiga dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian pemilik RMR di RTB Kampung Baru Kemasik, Kemaman hari ini.

SPNB bina 5,450 Rumah Mesra Rakyat tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM504 juta bagi pembinaan 5,450 buah Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata, setakat ini, sebanyak 2,766 unit rumah telah siap dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Beliau berkata, selain itu, sebanyak 1,310 unit sedang dalam pembinaan manakala 1,374 unit lagi dalam dalam proses untuk diserahkan kepada kontraktor.

“Usaha penyelarasan inisiatif perumahan rakyat menjadi lebih bersepadu dan berkesan sejak SPNB diletakkan dibawah seliaan KPKT pada tahun 2018.

“Sehingga kini, sebanyak 73,167 unit RMR telah siap dibina di seluruh negara. RMR dilengkapi tiga bilik ini bernilai RM75,000 dengan subsidi RM20,000,” katanya di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Baru di Kemasik, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan kunci rumah RMR kepada 11 pemilik selain memberi sijil penghargaan kepada sembilan kontraktor terlibat.

Aiman Athirah berkata, pemilik RMR hanya perlu membayar kira-kira RM300 sebulan dalam tempoh 16 tahun.

Beliau berkata, program RMR merupakan komitmen kerajaan dalam menyediakan perumahan kepada rakyat yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dengan syarat pemohon memiliki tanah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN