fbpx
Tangkap layar sebuah lori merempuh kenderaan di Tol Bukit Kajang, hari ini.

[VIDEO] `Ya Allah, kawan saya sendiri kemalangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – “Remuk hati saya Ya Allah… saya tak sangka mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Tol Kajang itu adalah kawan saya sendiri.

Luah seorang rakan keluarga mangsa, Dhyea Hana yang masih terkejut dengan tragedi meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia setahun, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi di Plaza Tol Bukit Kajang itu, sebuah lori tiga tan membawa muatan barangan lusuh dipercayai bergerak tanpa kawalan selepas pemandunya keluar meninggalkan kenderaan berkenaan.

Lori terbabit kemudian merempuh tiga kenderaan lain iaitu Nissan X-Trail, Honda City dan Proton X70.

Akibat rempuhan kuat itu, seorang bayi kembar dikenali sebagai Husyan yang berusia 12 bulan maut di lokasi kejadian, manakala kembarnya, Hassan, terselamat selepas sempat didukung ibunya.

“Arwah Husyan tidak sempat diselamatkan. Saya sendiri tidak sanggup menonton rakaman kejadian yang dikongsi dalam kumpulan WhatsApp kami.

“Umurnya sebaya dengan anak saya, masih kecil, baru setahun. Tambah pilu bila tahu pasangan ini sudah 14 tahun menanti zuriat sebelum dikurniakan kembar melalui rawatan IVF,” katanya menerusi aplikasi Threads hari ini.

Difahamkan, ibu mangsa beberapa kali bertanya mengenai anaknya dalam keadaan panik, sementara si ayah yang bekerja di Kedah bergegas pulang selepas menerima khabar duka itu.

Tambahnya, menurut saksi, lori berkenaan didakwa dipandu laju sebelum hilang kawalan.

“Tayar lori itu pecah, kemudian pemandu keluar meninggalkan kenderaan. Tidak lama selepas itu lori terus bergerak merempuh kereta lain di kawasan tol,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan daripada mangsa-mangsa yang terlibat dan saksi di lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE

@fatinfiqah98 Membalas kepada @asmah8001 Ramai² Kite Doakan Yang Baik² Untuk Mangsa Yang Terlibat #fyp #tol #kereta #tolkajang #kemalanganjalanraya ♬ bunyi asal – CikKiahツ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN