fbpx
KERJA penyelenggaraan dan pembersihan terjejas apabila ramai penduduk flat kos rendah di TUTA, Skudai tidak membayar yuran bulanan.

Yuran RM30 pun liat nak bayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kira-kira 90 peratus penduduk flat kos rendah di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini, bakal berdepan tindakan jika mereka masih berdegil untuk menjelaskan yuran penyelenggaraan.

Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Zon TUTA, Chuah Lee Hui berkata, berdasarkan rekod, hanya sekitar 10 peratus penduduk daripada ke­seluruhan 4,800 unit yang membuat bayaran.

Katanya, ada segelintir penduduk tidak membuat bayaran sejak 10 tahun lalu.

“Yuran penyelenggaraan bulanan antara RM30 hingga RM50 sahaja, namun sikap penduduk yang culas telah menimbulkan kesulitan kepada badan pengurusan untuk melakukan kerja selenggara, pembersihan, baik pulih infrastruktur dan lain-lain.

“Sepatutnya tidak timbul masalah ini kerana jumlah bayaran itu berpatutan, apatah lagi segelintir penduduk telah menyewakan kediaman mereka kepada pihak lain dengan sewa bulanan sehingga RM1,000.

“Lokasi kediaman ini strategik, berhampiran kawasan pusat bandar, menyebabkan hampir semua 4,800 unit melibatkan 87 blok dipenuhi penduduk,” katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilaksanakan badan pengurusan bagi menyelesaikan masalah itu termasuk memberi peringatan secara berulang, namun majoriti penduduk tetap ingkar.

“Baru-baru ini empat pemilik rumah telah diperintahkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) untuk menjelaskan tunggakan yuran penyelenggaraan hampir RM30,000.

“Kesemua mereka adalah pemilik rumah di blok 62. Jika te­rus ingkar, tindakan selanjutnya mengikut undang-undang boleh dikenakan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN