fbpx
Zambry padaMajlis Penyerahan Kampung Angkat Madani Bendang Siam Taiping. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Hanya propaganda, Malaysia raikan pelajar antarabangsa, Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Malaysia meraikan kehadiran pelajar-pelajar asing untuk mengikuti pengajian di universiti tempatan, termasuk dari Palestin.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, melalui dasar pengantarabangsaan, Malaysia menarik ramai pelajar asing dari pelbagai negara menghampiri 160 buah negara.

“Ini termasuk juga pelajar-pelajar baik dari Palestin serta negara-negara Arab yang lain,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan projek Kampung Angkat Madani Bendang Siam (Kambest), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan liar oleh bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer yang mendakwa Malaysia telah lama menjadi pusat operasi anggota Hamas.

Zambry melihat dakwaan kononnya Malaysia menjadi pangkalan latihan Hamas adalah satu propaganda atas keberanian negara ini menyatakan pendirian terhadap kezaliman zionis.

“Dari segi memberikan ruang pendidikan adalah kepada semua, termasuklah Malaysia yang menjadi tempat masyarakat antarabangsa datang untuk menimba ilmu. Jadi bukan hanya khusus kepada satu-satu negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI