LONDON – Sebuah rumah di England yang menempatkan tandas tanpa pintu di bawah tangga diiklankan untuk dijual pada harga cuma £350,000 (RM1.9 juta), lapor akhbar The Sun UK.
Rumah berkembar dua tingkat itu terletak di Sheffield, South Yorkshire.
Ia dilengkapi bilik tidur, ruang tamu, kebun, dapur serta loteng yang dihiasi perabot dan sofa.
Kediaman tersebut kelihatan biasa dari luar, namun ia mempunyai sebuah tandas kecil tanpa pintu di bawah tangga.
Tandas itu memiliki lampu, cermin, tisu, almari kecil beserta singki untuk mencuci muka atau tangan.
“Lorong masuk mesra dan luas dengan pintu masuk separuh kaca. Terdapat juga tandas di bawah tangga yang dilengkapi singki dan lantai jubin,” demikian menurut laman web Rightmove. – AGENSI