fbpx
Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan besi pengayuh basikal yang tertusuk pada perut kanak-kanak di Kupang, Baling semalam.

Budak cedera, besi pengayuh basikal tertusuk perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Kampung Charok Sikin, Kupang di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 5.30 petang dan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Juhairi Osman dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik sampai, kanak-kanak itu masih berada di tempat kejadian sambil menahan kesakitan selepas terjatuh dari basikal. Besi pengayuh basikal itu tertusuk pada perut.

“Kita mengambil masa 40 minit untuk memotong besi itu dengan menggunakan ‘hidrolik cutter’. Operasi dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak pendarahan dan luka dalaman selain faktor badan mangsa yang agak berisi,” katanya.

Besi tersebut berjaya dikeluarkan dan kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI