fbpx
NOR Azam Azih (kanan) muncul wira apabila meledak gol kedua KTRW FC untuk kalahkan DPMM FC 2-1. - KTRW FC

Liga Super: Giliran KTRW FC kecewakan DPMM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

BRUNEI – Penjaga gol Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), Azfar Arif Mohd Sukri muncul wira pasukannya apabila menyelamatkan sepakan penalti di hujung permainan untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan KTRW FC melonjak ke tangga keempat Liga Super, kini mengumpul lapan mata daripada enam perlawanan manakala DPMM FC terus dihimpit kemarau kemenangan.

Aksi seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan namun tiada peluang lebih berkualiti mampu dihasilkan oleh DPMM FC dan KTRW FC.

Bagaimanapun, tuan rumah mengharungi 10 minit terakhir dengan penuh kecewa apabila melepaskan dua gol, bermula dengan jaringan pembukaan daripada Ifedayo Olusegun pada minit ke-36.

Selang lima minit selepas itu, rembatan deras Nor Azam Azih dari luar kotak penalti berjaya memastikan KTRW FC memiliki kelebihan dua gol sebelum menuju ke bilik persalinan.

Menyedari keperluan untuk memburu gol pertama bagi membangkitkan semula keyakinan, DPMM FC dilihat terus cuba memberikan tekanan dan usaha diatur akhirnya membuahkan hasil menerusi sentuhan penyudah Jordan Rodrigues pada minit ke-52.

Penyerang import tuan rumah, Ramadhan Sananta pastinya menjadi individu paling kecewa kerana gagal menyudahkan sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN