fbpx
Tangkap layar dua lelaki berlari membantu seorang warga emas ketika ribut.

‘Terima kasih abang berdua, semoga duit tak pernah habis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap prihatin dua lelaki membantu seorang warga emas yang terkandas dalam ribut di tepi jalan meraih perhatian netizen.

Menerusi rakaman video yang dikongsi pengguna TikTok @unknownbryan_73, kelihatan seorang lelaki berteduh di bawah pokok kerana hujan dan ribut.

“Mula-mula ingatkan hujan biasa, tapi tidak sangka yang datang sekali dengan ribut angin kencang. Jadi pakcik tu memang dari tadi duduk atas motor berhenti di tepi dan tiada orang tolong.

“Jadi saya dan kawan buat keputusan untuk tolong dia janji pak cik tu selamat sebab macam yang semua nampak dia berhenti bawah pokok basah tu. Tidak apa janji pak cik tu selamat sampai ke rumah bila hujan dah berhenti,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan mereka yang sanggup membantu warga emas berkenaan.

“Terima kasih dah tolong pak cik tu. Kesian dia mesti tak tahu nak buat apa,” komen Miloais34.

“Bahaya kan hujan-hujan parkir bawah pokok? Terima kasih abang berdua tolong pak cik. Semoga duit tak pernah habis, lampu isyarat sentiasa hijau tak perlu menunggu buang masa walau seminit!,” kata Syaaliesa.

“Terima kasih sebab tolong pak cik tu. Sebab angin kuat macam tu, orang muda yang sihat pun boleh terhuyung-hayang. Inikan pula orang tua. Terima kasih banyak!,” komen @naminami905 – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN