fbpx
Jangan terkejut jika suami sudah mengambil tanggungjawab sebagai suri rumah, manakala isteri pula keluar mencari nafkah. - GAMBAR JANAAN AI

Suami jadi suri rumah, isteri keluar cari nafkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUDAH menjadi lumrah tugasan seorang suami yang merupakan ketua keluarga adalah sebagai pencari rezeki utama, manakala isteri pula membantu menguruskan keperluan rumah tangga termasuklah menjaga anak-anak.

Namun, disebabkan pelbagai faktor terutama sosial dan ekonomi, ia merubah peranan asal suami dan isteri apabila ramai wanita memilih untuk bekerja berbanding menjadi suri rumah sepenuh masa.

Situasi itu kerana wanita pada zaman sekarang mendapat pendidikan sehingga peringkat tertinggi dan bukan lagi ‘disorok’ di dapur. Sekali gus, memberi peluang kepada mereka untuk menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah organisasi.

Oleh itu, usah terkejut jika hari ini suami sudah mengambil tanggungjawab sebagai suri rumah, manakala isteri pula keluar mencari nafkah.

Sebagai masyarakat, kita tidak boleh terus menuding jari kepada pasangan yang membuat keputusan sedemikian. Sudah pasti mereka mempunyai alasan tersendiri apatah lagi dengan cabaran kehidupan masa kini yang semakin kompleks.

Paling penting adalah kesefahaman dan kesepakatan selain tahu tanggungawab masing-masing. Bagi suami pula, jangan jadikannya sebagai ‘tiket’ untuk malas bekerja dan menggantungkan tangggungjawab mencari rezeki di leher isteri.

Pelakon dan penyanyi, Zack X-Factor atau nama sebenarnya Zachery Francis Abu, 48, mendedahkan bahawa dia terpaksa ‘mengalah’ dengan isteri yang bertugas sebagai tentera dengan nekad menjadi suri rumah sejak dua tahun lalu.

Kata Zack, keputusan itu diambil demi menjaga dua anak mereka masing-masing berusia 10 dan dua tahun selepas beberapa insiden anak mengalami lebam selepas pulang dari pusat asuhan.

Pendedahan dibuat Zack itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai di ruangan komen, ada yang memberikan kata-kata positif dan tidak kurang juga memperlekeh serta membuat komen jelik.

Mengulas lanjut mengenai hukum suami sebagai suri rumah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa pada asalnya wajib suami menafkahi isteri dan anak-anaknya.

“Wajib bagi suami berusaha sebaik mungkin menafkahkan keluarganya dengan segala upaya tanpa berharap kepada pendapatan isteri.

“Sekurang-kurangnya hendaklah lelaki itu berusaha menyediakan atau menyumbang tempat tinggal yang selamat dengan peralatan-peralatan asas seperti tempat tidur, memasak, makanan dan minuman, pakaian yang sesuai dan menutup aurat, alatan dan bahan kebersihan untuk isteri serta anak-anaknya,” katanya menerusi perkongsian di laman web rasmi.

Tambahnya, nafkah kepada isteri mempunyai kadar tertentu, walau bagaimanapun, jumlah dan jenisnya berbeza berdasarkan kemampuan suami.

“Kedudukan isteri dari segi kekayaan, kemiskinan, keturunan dan lain-lain tidak mempengaruhi kadar tersebut kerana faktor yang diambil kira ialah kemampuan suami. Perkara ini merujuk kepada pemberi nafkah dan bukan penerimanya,” katanya.

Ujarnya, hukum suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredai oleh isteri. Namun jika isteri meredainya, maka itu dibenarkan seperti mana diharuskan untuk suami memakan mahar isteri sekiranya dibenarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN