fbpx
HAMPIR empat tahun kahwin, Katrina Kaif bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Akhirnya mengaku, Katrina Kaif bakal jadi ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS beberapa bulan berteka teki, akhirnya pelakon terkenal Bollywood, Katrina Kaif mengesahkan sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannyai, Vicky Kaushal.

Pengumuman mengenai berita gembira didedahkan pasangan terbabit dalam akaun Instagram masing-masing. Katrina dan Vicky berkongsi gambar polaroid yang memaparkan aktres itu dengan ‘baby bumb’ sambil Vicky memegang perutnya.

“Dalam perjalanan untuk memulakan lembaran terbaik dalam hidup kami dengan hati yang penuh bahagia dan syukur,” tulis pasangan yang berkahwin pada 2021 itu pada bahagian kapsyen.

Hantaran tersebut mendapat hampir 7 juta tanda suka dan dihujani dengan puluhan ribu ucapan tahniah daripada peminat mereka serta rakan-rakan selebriti antaranya Deepika Padukone, Kareena Kapoor, Preity Zinta dan Anushka Sharma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI