SELALU kita baca dan dengar bahawa media sosial penuh toksik. Dalam medium yang disebut juga ruang maya itu, sesetengah manusia adakalanya kehilangan wajah. Yang tinggal hanyalah topeng kepalsuan, ada yang muram dan tidak bernama. Di balik topeng itulah, muncul syaitan-syaitan kecil berwajah manusia, tetapi jarinya membawa bisikan iblis. Dengan papan kekunci sebagai senjata, mereka meludah racun, mengutuk tanpa belas dan menyalak dengan hujah peribadi. Mereka bukanlah pengkritik, bukan juga pejuang kebenaran. Mereka hanyalah penghasut yang menyalurkan dengki dan kebodohan melalui…