fbpx
Dr. Dzulkefly bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Cyberjaya hari ini.

KKM cadang buah, sayur dalam program Sara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA- KKM bakal mencadangkan buah-buahan dan sayur-sayuran di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada Kabinet bagi menggalakan rakyat mengamalkan pemakanan sihat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu akan dipertimbangkan memandangkan masih ramai rakyat, khususnya golongan muda yang kurang mengamalkan pemakanan seimbang.

“Saya akan membawa perkara ini sebagai satu pandangan, atau satu pertimbangan, ini semua adalah strategi menggalakkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, masih ramai rakyat Malaysia yang kurang gemar mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan terutamanya golongan muda.

Tambah beliau, usaha menjadikan makanan sihat lebih mampu milik dan mudah didapati adalah sebahagian daripada strategi pendekatan halus bagi mengubah gaya hidup rakyat.

“Tetapi persoalannya bagaimana kita boleh menggalakkan mereka, menolak mereka supaya akhirnya lebih cenderung mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN