fbpx
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyaksikan penyerahan zakat oleh Pengasas CTDK Holdings Berhad, Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada Timbalan Pengerusi LZS, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang pada Majlis Hi-Tea di Taman Tasik Shah Alam. - FOTO/AFIQ RAZALI

Siti Nurhaliza antara penyumbang zakat tertinggi Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri merupakan antara penyumbang terbesar zakat di negeri Selangor.

Kedua-dua figura terkenal itu menyumbang menerusi syarikat korporat mereka iaitu CTDK Holdings Sdn. Bhd. dan D’Herbs Holding Sdn. Bhd.

Siti sewaktu ditemui pada acara majlis minum petang bersama pengeluar zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor bersama Yayasan Raja Muda Selangor berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai ahli perniagaan beragama Islam membayar zakat di negeri Selangor setiap tahun.

“Membayar zakat adalah wajib bagi yang beragama Islam. Memang saya akan pastikan bila sampai tempoh, saya akan bayar zakat perniagaan. Memang saya tak pernah culas sejak saya tubuhkan syarikat malah sejak sebelum saya berkahwin lagi,” katanya.

Tambah pelantun lagu Biarlah Rahsia itu lagi, dia berasa tenang setiap kali selepas membayar zakat.

“Setiap kali saya bayar zakat hati saya rasa tenang. Bagi yang belum memulakan membayar zakat atau pernah culas kita kena ingat setiap wang yang kita perolehi, ada bahagian orang lain juga.

“Kita perlu bayar zakat sebagai salah satu cara untuk mensucikan harta benda kita dan melancarkan perniagaan kita supaya pendapatan kita lebih berlipat ganda,” jelasnya.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan zakat oleh wakil D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Ammar Ahyan kepada Timbalan Pengerusi LZS, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang pada Majlis Hi-Tea di Taman Tasik Shah Alam. FOTO/AFIQ RAZALI

Sementara itu mewakili Aliff Syukri iaitu anak sulungnya, Ammar Ahyan, dia gembira apabila syarikat bapanya masih menjadi penyumbang tertinggi zakat di negeri Selangor.

“Sebagai anak sudah tentu saya gembira. dan bangga dengan pencapaian ayah saya beserta seluruh kaki tangan syarikat D’Herbs termasuklah ibu saya sendiri, Datin Seri Nurshahida.

“Saya harap selepas ini kita boleh menyumbang lagi kerana matlamat kita adalah untuk membantu seramai yang mungkin

“Insya-Allah tahun depan saya pula yang akan mula membayar zakat. Tahun ini tak boleh kerana masih belum cukup umur,” kongsinya.

Selain CTDK Holdings  dan D’Herbs Holding, antara penyumbang terbesar yang lain adalah Bawal Sdn. Bhd. dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI