fbpx
Pelajar-pelajar yang ditangkap selepas menghisap narkotik sintetik di sebuah rumah secara ‘berjemaah’. - ANTARA

15 pelajar ditahan, ambil bahan terlarang ‘berjemaah’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seramai 15 pelajar sekolah menengah di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara ditahan selepas dirakam menghisap narkotik jenis sintetik secara beramai-ramai, lapor portal berita Suara. 

Tangkapan itu dibuat selepas satu klip video memaparkan pelajar-pelajar terbabit berkumpul di sebuah rumah sambil menghisap bahan terlarang itu. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Kendari, Inspektor La Ode Haridin berkata, pihaknya telah memanggil guru dan ibu bapa pelajar-pelajar terbabit. 

“Kami telah memanggil guru dan ibu bapa mereka serta memberikan kaunseling. Mereka berjanji di hadapan polis untuk tidak mengulangi perbuatan itu,” katanya. 

Ketua Unit Narkotik Polis Kendari, AKP Andi Musakkir Musni berkata, salah seorang pelajar mengaku membeli narkotik tersebut di platform Instagram dengan harga 50,000 rupiah (RM13) segulung.

“Kami sedang menyiasat pengedar berkenaan,” tambah Andi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN