Kejatuhan nilai rupiah Indonesia sejak kebelakangan ini membuka peluang besar kepada rakyat Malaysia untuk melancong ke negara jiran dengan kos lebih murah. Ketika ini, kadar pertukaran RM1 bersamaan lebih 3,900 rupiah, sekali gus meningkatkan kuasa beli rakyat Malaysia. Fenomena itu dijangka melonjakkan lagi jumlah kunjungan ‘kaki travel’ ke republik tersebut, sama ada untuk percutian pantai, gunung mahupun membeli-belah. Malah, mungkin juga nanti telekung, fabrik batik dan kain ela dibeli berkodi-kodi apatah lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diraikan kurang lebih……