fbpx
JASON (dua dari kanan) dalam sesi bersama media di ibu pejabat Amway Malaysia baru-baru ini.

Amway ceburi segmen kesihatan selular sempena ulang tahun ke-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mejelang ulang tahunnya yang ke-50 pada 2026, Amway Malaysia terus memacu kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia melalui perjalanan penuaan mereka tentang isu teras yang mempengaruhi penuaan sihat, iaitu penuaan selular yang bermula dari dalam sel.

Amway telah meluaskan fokusnya daripada memanjangkan jangka hayat kepada tempoh kesihatan yang dilanjutkan, iaitu tempoh hidup yang dihabiskan dalam keadaan sihat.

Menurutnya, sel-sel yang sihat adalah asas kepada badan yang sihat kerana ia mampu membaiki diri secara sihat, membuang bahan buangan, dan menghasilkan tenaga yang seterusnya menyokong sistem imun dan fungsi otak lebih baik, sambil menyokong kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.

Pengurus Besar Amway Malaysia & Brunei, Jason Leng berkata, ketika purata jangka hayat rakyat Malaysia kini mencecah 75.9 tahun, tempoh usia yang agak lama dihabiskan dalam keadaan yang kurang sihat dengan keperluan untuk berulang-alik ke hospital atau lebih teruk, terlantar di katil.

Katanya, tempoh purata usia rakyat Malaysia berada dalam keadaan sihat adalah 67 tahun, bermakna hampir sembilan tahun hayat terakhir dihabiskan dalam keadaan kurang sihat.

“Dengan AmCELL, Amway terus menyampaikan penyelesaian holistik yang membantu rakyat Malaysia merapatkan jurang antara jangka hayat dan jangka hayat kehidupan sihat.

“Peningkatan dalam jangka hayat turut memfokuskan keutamaan kami dalam memastikan mereka menikmati tahun-tahun yang sihat di akhir usia, dengan menangani kebimbangan kesihatan mendesak seperti penyakit tidak berjangkit dan menghadapi cabaran penuaan dengan kekuatan serta daya tahan,” katanya pada sesi bersama media baru-baru ini.

AmCELL melalui penyelidikan meluas selama enam tahun, melibatkan saringan lebih 600 pokok dan 50,000 ramuan tumbuhan untuk mengenal pasti fitonutrien utama yang menyokong penjanaan semula sel.

Ia merupakan suplemen pertama Amway direka untuk membantu menangani kesemua 12 ciri penuaan.

Jason berkata, produk baharu itu telah mendapat sambutan menggalakkan sejak dilancarkan pada bulan ini, dengan stok jualan menerusi online habis dalam tempoh kurang 20 minit.

“Jualan fizikal turut menyaksikan pelanggan beratur panjang dan kami sedang berusaha untuk mempercepatkan pengeluaran produk ini,” katanya.

Tambah beliau, sempena ulang tahun ke-50, pihaknya akan mempergiatkan aktiviti kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dengan fokus kepada penyakit tidak berjangkit menerusi siri jelajah di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI