fbpx
Kelibat seekor buaya yang muncul di perairan pantai Teluk Bahang, petang tadi.

Buaya muncul di pantai Teluk Bahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Suasana di kawasan pantai peranginan terkenal di Teluk Bahang di sini hari ini gempar dengan kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira satu meter.

Kehadiran reptilia itu disedari orang ramai petang tadi apabila beberapa pengunjung ternampak kelibat buaya berkenaan timbul di permukaan air tidak jauh dari kawasan sebuah hotel di pantai berkenaan.

Susulan kejadian itu, nelayan dan pengunjung pantai dilihat mula menjauhkan diri daripada kawasan terbabit sebelum pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Penemuan buaya itu turut disahkan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang yang memaklumkan usaha menangkap reptilia itu sedang dijalankan.

Jurucakap APM memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.30 petang dan empat orang anggota agensi itu terus digerakkan ke lokasi.

Seorang penduduk, Mohd. Zulkifli Rahman, 37, berkata, kejadian penemuan buaya di pantai Teluk Bahang itu merupakan kejadian pertama berlaku di situ.

”Sebelum ini tidak pernah berlaku buaya muncul di kawasan pantai di sini kerana tidak ada habitat buaya di sini.

”Penduduk di sini terkejut apabila dimaklumkan ada buaya muncul di tepi pantai,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI