fbpx
Aiman mendukung Ratna, yang baru berusia 10 hari.

‘Saya harap talak dua, kita tidak boleh lagi bersama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh Siti Jamumall, yang baru 10 hari melahirkan anak, reda dengan keputusan mahkamah yang memutuskan perceraian mereka dengan talak tiga, sekali gus menutup peluang untuk kembali bersama bekas suaminya.

Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, berkata, dia pada awalnya berharap hanya jatuh talak dua supaya hubungan dengan Aiman Tak Kesah masih boleh dipulihkan, namun keputusan mahkamah hari ini membuatkan segala impian itu terkubur.

“Sejujurnya saya sendiri berharap untuk jatuh talak dua sahaja. Tapi apa boleh buat, keputusan mahkamah dah keluar hari ini… kita memang tak boleh bersama kembali. Saya tak kuat nak hadap,” katanya menerusi TikTok.

Siti turut memohon maaf atas apa yang berlaku sehingga menyebabkan bekas suaminya dikecam teruk oleh orang ramai. Namun, dia menegaskan tetap berbangga kerana bekas suaminya hadir memberikan sokongan dan berusaha keras ketika saat-saat genting menjelang kelahiran anak mereka.

“Hujung-hujung nak bersalin duit saya semua dibekukan. Memang saya tak ada apa dah. Tuhan nak tunjuk yang awak memang nak bertanggungjawab. Awak datang ‘fight’ cari duit untuk selesaikan semua keperluan anak bersalin. Titik peluh, tak cukup tidur, saya sangat hargai,” ujarnya.

Menurut Siti, bekas suaminya juga menjaga dirinya sejak hari pertama berpantang hingga kini bagi memastikan kesihatan serta emosinya berada dalam keadaan baik.

Katanya, walaupun sedih membaca kecaman terhadap bekas suaminya, dia tetap mengakui kedua-duanya mempunyai kesilapan namun masih banyak kebaikan pada pihak lelaki itu.

Anak mereka, Ratna, yang baru berusia 10 hari, turut dibawa ke mahkamah hari ini.

“Harapan mummy boleh la kembali bersama abiy demi Ratna… tapi mummy minta maaf adik, mummy tak boleh buat apa-apa. Takdir Allah dah menentukan semua ini jadi. Patutlah Allah bagi mudah sangat bersalin… seolah-olah Ratna faham dan tak nak susahkan mummy,” katanya.

Jelasnya lagi, perpisahan ini memberi kesan besar dalam hidupnya dan dia kini memerlukan ruang untuk sembuh.

“Saya perlukan masa untuk ‘heal’. Sumpah tak kuat. Perpisahan yang paling menyakitkan. Memberi kesan paling besar dalam hidup Siti.

“Kepada family dan kawan-kawan yang tanya, sorry saya tak boleh nak bercakap sekarang. Saya perlukan ruang,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan status lafaz cerai pempengaruh, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, terhadap isterinya, Siti Jamumall terlerai apabila disahkan talak tiga oleh Mahkamah Rendah Syariah,hari ini.

Hakim Syarie, Fairus Jaafar membuat keputusan itu selepas mendapati lafaz talak terakhir oleh Khairul Aiman kepada Siti Jamumall atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, ketika siaran langsung di TikTok, pada 15 Mei lalu adalah sah dan jatuh sebagai talak bain kubra.

Katanya, Khairul Aiman selaku plaintif bercerai dengan Siti Suriani dengan talak satu kali pertama pada 17 Mac lalu. Plaintif sekali lagi membuat dua lafaz iaitu ketika siaran langsung di TikTok pukul 1.31 pagi, 15 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN