fbpx
Johari Shukri (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pembangunan Hartanah UDA, Azrudyn Rashid (kiri), dan Ketua Pegawai Operasi UDA Land Sdn. Bhd., Zaiwati Othman pada Majlis pelancaran UDA Signature Dreams di Residensi 38 Bangsar, Kuala Lumpur.

Kempen UDA Signature Dreams tawar hadiah RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, UDA Holdings Berhad (UDA) semalam melancarkan kempen hartanah UDA Signature Dreams, menawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM250,000.

Menerusi kempen tersebut yang bermula 22 September hingga 31 DIsember 2025, pembeli empat projek kediaman UDA di Lembah Klang iaitu Dedaun Residensi di Bandar Tun Hussein Onn, Selangor serta Residensi 38 Bangsar, Legasi Kampong Bharu dan Residensi Akasia Raya di Kuala Lumpur akan menerima pelbagai insentif istimewa.

Ini termasuk bayaran deposit rendah, pengecualian bayaran perjanjian jual beli (SPA) serta duti setem, dan pakej kelengkapan rumah tertakluk kepada terma dan syarat mengikut projek yang ditawarkan.

Setiap pembelian rumah dalam tempoh kempen turut melayakkan pembeli menyertai cabutan bertuah UDA Signature Dreams, dengan hadiah utama berupa pakej untuk menyaksikan Piala Dunia 2026 untuk dua orang, termasuk tiket penerbangan dan penginapan bernilai sehingga RM150,000, selain pelbagai peralatan rumah bernilai sehingga RM100,000 untuk dimenangi.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Johari Shukri Jamil berkata, kempen hartanah UDA Signature Dreams merupakan inisiatif khas bagi menggalakkan pemilikan hartanah, khususnya dalam kalangan bumiputera di kawasan strategik di bandar raya.

“Usaha ini secara langsung menyokong aspirasi kerajaan dalam memperluas akses pemilikan rumah khususnya di kawasan bandar, seterusnya mengukuhkan pertumbuhan sektor hartanah yang inklusif dan berdaya saing.

Unit pameran Residensi 38 Bangsar, yang direka bentuk oleh Nai BNB.

“UDA berharap inisiatif ini dapat merancakkan pasaran serta jualan hartanah, seterusnya meningkatkan keyakinan terhadap jenama UDA sebagai pemaju berwibawa yang sentiasa menawarkan nilai dan keistimewaan terbaik kepada pembeli.

“Pendekatan ini juga selari dengan prinsip UDA iaitu LIFE (Legasi, Integrated, Finesse dan Enrich) yang menjadi panduan dalam setiap operasi perniagaan bagi memperkasa komuniti sekali gus menyokong aspirasi pembangunan negara,” katanya pada majlis pelancaran kempen di Residensi 38 Bangsar, di sini.

Sempena pelancaran tersebut, UDA turut memeterai kerjasama strategik bersama syarikat reka bentuk dalaman, Nai BNB yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk, pembinaan dan penyiapan kerja dalaman bagi unit pameran rasmi di Residensi 38 Bangsar.

Majlis sama turut menyaksikan penyerahan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah Kempen Hartanah UDA 2024/2025 berupa sebuah Proton S70 1.5T Executive dan motosikal Modenas Elegan.

Maklumat lanjut termasuk siri jelajah UDA dan pelbagai tawaran istimewa sepanjang tempoh kempen UDA Signature Dreams boleh didapati di laman sosial rasmi UDA Property di Instagram (@udapropertymalaysia) dan Facebook (UDA Property Malaysia). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI