PETALING JAYA – Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerahkan untuk bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu negara hari ini.
Menurut DBKL, pemantauan di beberapa lokasi turut dijalankan bagi meninjau situasi semasa serta memastikan langkah segera dapat diambil sekiranya berlaku kejadian luar jangka.
“Orang ramai terutama warga kota dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti harian selain mematuhi arahan lalu lintas ketika memandu bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE