fbpx
Abas Saari

Abas Saari terjun tingkat 2 mahkamah diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Polis memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas dituduh berhubung kes narkotik di Mahkamah Langkawi, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, tertuduh, Abas Saari, 22, terjun dari tingkat dua bangunan mahkamah pada pukul 11.35 pagi tadi.

“Kejadian berlaku ketika lelaki itu baru selesai dituduh di mahkamah dan dalam keadaan tidak bergari.

“Pakaian terakhir suspek adalah baju T berwarna putih dan seluar pendek jingga,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mengetahui mengenai lokasi suspek diminta menghubungi mana-mana balai terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di talian 04-966 3999.  Kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN