fbpx
Tengku Amir Shah (tengah) bersama Aiman (kiri) selepas pemeteraian MoU antara SAY dengan Matrade di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kerjasama SAY, Matrade perkasa usahawan belia negeri Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Selangor Youth Community (SAY) telah memeterai memorandum persefahaman dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk memperkasa usahawan belia di negeri Selangor.
Usaha ini lebih bermakna untuk dilaksanakan untuk program Liga Usahawan Eksport Selangor (SAY Aspire).

Ketua Pegawai Eksekutif SAY, Aiman Syafiq Nazri berkata, kerjasama ini akan meningkatkan imej liga usahawan tersebut di mata usahawan muda untuk ­menyertai program yang dijalankan pada masa depan.

“Program SAY Aspire akan menerima manfaat besar, terutamanya dalam aspek bimbingan, pendedahan pasaran dan akses kepada perpustakaan digital Matradae.

“Ia juga dapat mengukuhkan jaringan perdagangan antarabangsa terma­suklah perkongsian kepakaran dan jalinan kerjasama strategik jangka panjang.

“Usahawan SAY Aspire juga akan diberikan akses langsung kepada pendaftaran sebagai ahli Matrade dan juga Dagangan Digital Madani serta kemudahan akses kepada geran-geran yang disediakan oleh pihak Matrade,” katanya ketika ditemui selepas pemeteraian MoU tersebut bersempena MIHAS yang berlangsung di Mitec baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Aiman Syafiq menerangkan, kerjasama tersebut diyakini akan memberikan impak positif kepada usahawan Selangor, khususnya para peserta dan alumni program SAY Aspire.

Tambah beliau, antara agenda utama dalam MoU ini adalah untuk memastikan para peserta program SAY Aspire lebih bersedia untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam merealisasikan potensi perniagaan mereka.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI