TINDAKAN Perdana Menteri Albania, Edi Rama melantik menteri kecerdasan buatan (AI) yang diberi nama Diella menyertai barisan kabinet baharunya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. Meskipun tindakan itu bertujuan mempamerkan inovasi teknologi baharu dan mempromosikan usaha kerajaan dalam menangani isu rasuah, namun ia masih dianggap tidak sesuai untuk dipraktikkan. Memetik laporan AP, Pengarah Institut Kajian Politik (IPS) Universiti Tirana, Afrim Krasniqi tidak menafikan AI dapat membantu melaksanakan tugas dengan lebih efisien, tetapi masih belum cukup untuk melaksanakan tugas secara mampan.……