fbpx
Dzulkefly (dua dari kanan) menyampaikan Anugerah Perdana kepada Wan Nur Khalishah Amirah Wan Nazree pada Majlis Istiadat Konvokesyen 2025 ILKKM Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di Ipoh hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Jururawat kontrak diserap sebagai tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Semua lantikan baharu jururawat awam akan dilantik sebagai jawatan tetap dalam usaha kerajaan mengatasi kekurangan jururawat di negara ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan langkah tersebut melibatkan graduan yang baru menamatkan kursus jururawat selain mereka yang akan menghabiskan tempoh lantikan kontrak masing-masing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu adalah antara kelainan yang diperkenalkan dalam usaha negara mengatasi 14,000 kekosongan jawatan jururawat setakat 31 Ogos lalu.

“Kalau sebelum ini ialah lantikan secara kontrak interim. Sekarang ialah lantikan tetap bagi graduan kejururawatan. Itu adalah satu daripada komitmen kami.

“Tiada lagi yang kontrak. Semua lantikan baharu adalah lantikan tetap. Yang lain juga kita buat lantikan tetap (yang telah habiskan tempoh kontrak). Sudah selesai,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen 2025 Institut Latihan KKM (ILKKM) Zon Semenanjung Sidang 1 di sini hari ini.

Sebelum ini didedahkan tentang kekosongan ribuan jawatan jururawat di fasiliti kesihatan awam seluruh negara dan antara punca kekurangan dikatakan akibat moratorium penutupan kolej kejururawatan swasta sejak 2010 hingga 2024. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN