fbpx
Tangkap layar video memaparkan orang ramai beratur untuk membeli hidangan king crab.

[VIDEO] Beratur panjang beli ‘king crab’ macam beli pisang goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jika sebelum ini orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli baju raya atau tiket konsert, kali ini suasana luar biasa tercetus apabila orang ramai beratur panjang bagi membeli hidangan ‘king crab’ yang dijual di ‘car boot’.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, keadaan itu berlaku di Kota Bharu, Kelantan di mana orang ramai beratur panjang tanpa menghiraukan cuaca panas bagi mendapatkan makanan itu.

Menurut pengirim video yang juga peniaga berkenaan, hidangan ‘king crab’ itu yang dijual pada harga RM85 seekor berjaya dihabiskan dalam masa lima minit sahaja.

“Alhmdulilahhh… ‘Sold Out’ 150 ekor dalam masa lima minit.

“Mana yang tak dapat saya mohon maaf, luar jangkaan permintaan sangat ramai. Jangan lupa esok kita jual banyak,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi termasuk ada yang teruja mahu mencuba hidangan itu.

“Tak boleh jadi nak kena pergi juga ni, murah sungguh siap masak harga begitu,” kata Mama Ida.

“Kaya-kaya orang Kelantan. Jual king crab tepi jalan saja, beratur orang,” kata Siti Mariam.

“Murahnya, memang teringin nak makan walau sekali kalau ada rezeki. Pergi Sarawak mahal, mampu tengok saja. Kalau dekat dah beratur juga mungkin,” kata Yaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN