fbpx
Tangkap layar hantaran TikTok oleh Husin Jambul merakam kawah air di Pantai Batu Buruk, Terengganu menggunakan dron.

[VIDEO] Seram tengok kawah air di Pantai Batu Buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial satu rakaman dron yang memaparkan kawah air di Pantai Batu Buruk, Terengganu sehingga mengundang kebimbangan orang ramai.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Husin Jambul, kawasan pantai itu dirakam sebagai bukti ia tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

“Seramnya tengok kawah air, tapi ramai saja yang sedang mandi-manda,” menurut kapsyen pada video berkenaan.

Katanya di ruangan komen, walaupun papan tanda larangan mandi sudah diletakkan, namun tiada pengunjung endahkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengulas keselamatan pengunjung selain menasihati orang ramai mengelak aktiviti mandi-manda di kawasan berisiko.

“Dari tepi pantai memang tak nampak tapi dari atas kita boleh kenal dengan cara lihat atas kawah tak ada ombak,” komen Ariffaizal.

“Petua mandi di pantai, mandi tempat yang ada ombak kerana kawasan tak berombak selalunya ada kawah air,” komen @Abg_T.

“Bagusnya boleh kongsi video mcm ni sebagai peringatan pada semua yang bawa keluarga boleh peka dan elak aktiviti mandi di pantai berisiko,” kata Nur.

“Orang tempatan memang tidak akan mandi di situ sebab banyak faktor. Pantai Batu Buruk hanya tempat bermain wau dan berkuda saja,” komen @amirfaiz91. – KOSMO! ONLINE

@tokwea97 Seramnya tengok kawah air ni. Tapi ramai je tengah mandi tu😖 #fyp #lemas #pantaibatuburuk #kualaterengganu #kawasanlarangan ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI