fbpx
Keadaan kemalangan melibatkan dua kereta sehingga meragut dua nyawa di persimpangan Loji Rawatan Air SAJ Semangar, Kota Tinggi hari ini.

[VIDEO] Pengurus pasar raya, wanita maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di persimpangan Rawatan Air SAJ Semangar, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.09 pagi itu melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita dengan sebuah Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Fakhrurazi Muda, 37, merupakan pengurus kawasan sebuah pasar raya dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya, manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Intan Yuliana Sahir, 47.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Shahrulnizam Johari berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan itu.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.

“Kedua-dua mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN