fbpx
SEJURUS selesai konsert bersama kumpulannya, Elite, Abby Abadi terus ditahan di wad hospital akibat influenza.

Kena influenza, habis konsert terus masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gagahkan diri demi konsert Elite, penyanyi Abby Abadi yang demam sebelum beraksi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyerah diri ke hospital sebaik persembahan mega bersama kumpulannya disempurnakan semalam.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, meminta maaf apabila keadaannya semakin lemah pada hari konsert sehingga stamina serta tumpuan terganggu ketika muncul di atas pentas.

“Balik dari latihan terus rasa tak sedap badan, tapi belum teruk lagi. Esok pagi sebelum konsert, ada latihan lagi dan masa itu badan dah mula rasa lain. Saya tetap kuatkan semangat untuk meneruskan.

“Serius, lemah rasa badan. Itu yang hilang fokus. Saya minta maaf pada semua terutama anggota Elite, X Factor dan penonton,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Pada hantaran sama, penyanyi juga pelakon itu turut berkongsi fotonya berada di wad sebuah hospital mendapatkan rawatan.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan suhu badan mencecah 40 darjah Celsius, manakala ujian darah menunjukkannya dijangkiti influenza.

Memotivasikan diri, ibu kepada enam anak itu berharap situasi dilaluinya memberikan memori indah untuk diingati ke akhir hayat.

“Berehatlah sekejap Abby Abadi. Konsert pun dah selesai. Semoga meninggalkan kenangan manis buat semua,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut termasuk rakan selebriti menitipkan doa agar Abby cepat sembuh.

“Patutlah nampak lemah. Infuenza kalau serang lagi teruk daripada Covid-19. Semoga baik-baik sahaja puan,” tulis netizen.

Pada 21 September lalu Abby bersama Linda Rafar, Azza Zawari, Shasha Saidin dan Watie Sadali merealisasikan konsert Elite Live ’25 yang disaksikan lebih 2,500 peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI