PETALING JAYA – Rata-rata pengguna media sosial terutamanya golongan ibu bapa ‘mengamuk’ apabila anak mereka baru mula menyiapkan kerja sekolah, hari ini.
Tular hari ini apabila ramai ibu bapa meluahkan kemarahan di media sosial apabila anak-anak menyiapkan kerja sekolah saat akhir setelah cuti panjang.
“Perangai anak- anak memang macam ni, dah berapa kali tanya kerja sekolah, mereka akan jawab ada sedikit sahaja.
“Anak lelaki saya terus kata tak ada kerja sekolah sebelum ini. Tapi hari ni cakap pula ada kerja sekolah,” kata Farah Nadia.
“Ini kerja sekolah mak ayah pun pening, hari ni pula dia baru bagi tahu, anak oh anak,” kata Asharaf Razali.
“Aku dah geram sangat dah ni, punya la banyak kerja sekolah tak siap lagi,” kata Fauzura Yusof.- KOSMO! ONLINE