fbpx
Antara gambar yang dikongsi pengguna keadaan tenang di Cameron Highland hari ini.

[VIDEO] Suka orang Cameron Highlands, jalan kembali tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas seminggu berdepan sengsara, hari Ahad terakhir minggu cuti sekolah hari ini nampaknya menjadi suasana yang indah bagi penduduk di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang apabila kesesakan jalan raya kembali tenang di sana.

Berlegar di media sosial ketika ini, satu klip video yang menyaksikan keadaan jalan yang tenang selepas kawasan perlancongan tersebut diserang pengunjung minggu ini.

Cameron Highlands sememangnya menjadi tumpuan pengunjung dalam atau luar negera kerana pemandangan dan suasana cuaca sejuk.

Sebelum ini, penduduk di Cameron Highlands dikatakan terpaksa berehat di rumah hampir seminggu gara-gara keadaan jalan raya yang sesak.

“Sebelum ini, kereta Bomba nak lalu pun tak lepas. Kali ni baru la dapat bernafas sikit,” ujar Jo Rahman.

“Tenang sahaja jalan hari ini, alhamdulillah dah kembali normal. Kalau tidak saya nak ke tempat kerja makan masa dua jam sedangkan hari biasa hanya 20 minit,” kata Azizi Daus. – KOSMO! ONLINE.

@asnunmotorsewacameron hai #kabus #cuti2malaysia #asnunsewamotorcameron #fyp #pasarmalamgoldenhills ♬ original sound – ᴅᴀn ɴɢ ᴅᴀᴠᴀᴏ ᴍɪɴᴅᴀɴᴀᴏ – ᴅᴀɴ ɴɢ ᴅᴀᴠᴀᴏ ᴍɪɴᴅᴀɴᴀᴏ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI