fbpx
Gambar di muat naik di laman Facebook Hannah Yeoh hari ini

Liek Hoa tidak berdepan sebarang penggantungan – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemenang dua pingat emas badminton Paralimpik, Cheah Liek Hoa tidak akan berdepan sebarang penggantungan membabitkan polemik tuntutan ganjaran yang beliau bangkitkan.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangannya bersama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM)

“Saya dan MPM bersetuju tiada sebarang penggantungan terhadap Liek Hou. MPM akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau (Liek Hoa) berhubung kekeliruan mengenai istilah ‘scam’

“Untuk masa hadapan, semua ganjaran akan disertakan dengan template bertulis supaya lebih jelas dan telus (seperti template Road To Gold),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Liek Hou sebelum ini didakwa menggelar MPM sebagai ‘scam’ dalam satu hantaran di media sosial.

Ia berikutan kelewatan badan induk itu membuat pembayaran ganjaran tunai RM60,000 yang dijanjikan atas kejayaan meraih pingat emas di Paralimpik Paris tahun lalu.

Hannah Yeoh berkata, semua pihak akan bergerak ke hadapan supaya atlet dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan dan pertandingan.

Menurut beliau, KBS Malaysia sentiasa bersama atlet negara dalam perjuangan mereka mengharumkan nama Malaysia.

“Terima kasih kepada pihak swasta lain yang telah menghubungi pejabat saya untuk ‘top-up’ ganjaran MPM bagi lima pemenang pingat Paralimpik Paris 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN