KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,036 notis advokasi dikeluarkan menerusi pelaksanaan Kempen Advokasi Operasi Patuh Undang-undang (Op PUU) di ibu negara dalam tempoh tiga hari sehingga Khamis lalu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, notis itu dikeluarkan menerusi 1,330 operasi bersepadu, operasi harian (8,006) dan Op Didik (700).
“Bagi pecahan mengikut jenis kenderaan, motosikal merekodkan jumlah tertinggi dengan 4,578 notis.
“Ini diikuti kereta (4,353), pejalan kaki (528), teksi (219), van (207) dan lori (146),” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, antara kesalahan yang paling banyak dicatatkan adalah halangan lalu lintas (3,559), tidak mematuhi isyarat trafik (2,326) dan tidak menggunakan lintasan pejalan kaki (1,835). – KOSMO! ONLINE