fbpx
Mohd. Najwan ketika sidang akhbar hari ini. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Ugutan video lucah: Najwan buat laporan polis, diugut AS$100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi membuat laporan polis berhubung ugutan penyebaran video lucah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) ke atas beliau.

Beliau berkata, laporan itu dibuat kira-kira pukul 4.30 petang tadi di Balai Polis Seksyen 6, di sini bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dengan sewajarnya.

“Sebelum ini saya membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Ahad lalu. Namun, saya diminta MCMC untuk membuat laporan polis agar mereka boleh memulakan siasatan kes tersebut.

“Pegawai yang mengendalikan e-mel rasmi saya membuat laporan polis pada Isnin lalu,” katanya pada pemberita hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik itu memaklumkan tiada ugutan susulan diterimanya selepas kali pertama pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN