fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pertengkaran antara pemandu lori dan seorang pegawai polis kelmarin. - TikTok

Polis tersilap pecahkan tingkap lori, ingatkan seludup petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pegawai polis di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila memecahkan tingkap lori yang didakwa cuba menyeludup bahan api terlarang, lapor portal berita Tribunnews. 

Kejadian berlaku di Penukan Abab Lematang Ilir (PALI), wilayah Sumatera Selatan kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @palembangbedebiss menunjukkan pegawai terbabit bertengkar dengan sekumpulan pemandu lori di tepi jalan. 

“Kenapa sampai pecahkan tingkap?” kata perakam. 

Ketua Unit Polis Trafik PALI, Asisten Komisioner Desram Cemy berkata, konvoi yang melibatkan lima buah lori itu disyaki membawa minyak petrol haram.

“Pegawai polis dikenali sebagai Donna memberitahu bahawa tingkap itu dipecahkan kerana berang dengan pemandu lori yang enggan berhenti. 

“Hasil siasatan mendedahkan lori-lori tersebut membawa tembikai, bukan petrol haram. Kami memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara seperti ini,” kata Desram. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN