fbpx
Gambar menunjukkan batu yang digunakan oleh pelaku. - Istimewa

Lelaki lempar batu ke dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam membaling  batu pada sebuah masjid di Bogor, wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Detik. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya di hadapan masjid sebelum melemparkan batu lalu melarikan diri.

Perbuatannya menyebabkan pintu kaca masjid rosak dengan kaca bertaburan di atas lantai. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bogor Pusat, Inspektor Budi Kurniawan berkata, pihaknya telah meninjau tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan. 

“Kami masih mencari pelaku,” kata Budi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN