SEJAK kecil Muhammad Amin Sa’adon sudah terbiasa melihat bonda tersayang Che Noorizan Ali mengisi masa lapang dengan aktiviti mengait atau yarn crochet. Secara tidak langsung, dia jatuh cinta dengan aktiviti mengait sehingga dia kini dikenali sebagai ‘ustaz crochet’. “Secara peribadi saya tidak sedar sejak bila mula timbul minat. Pengetahuan mengait sudah lama ada, tetapi sejak pandemik Covid-19, saya aktif mengait dan boleh dikatakan sudah hasilkan ribuan produk misalnya beg tangan, kopiah dan sarung botol air,” katanya kepada CitaRasa. Mungkin ada……















