fbpx
Gambar hiasan - Kredit Janaan AI

Mayat dalam kereta suspek tembak polis: 9 individu dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita dalam kenderaan suspek yang menikam dan menembak anggota polis di Simpang Pulai Ahad lalu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua suspek termasuk seorang wanita itu dibebaskan sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.

“Kesemua suspek direman sejak Isnin lalu dan pihak polis mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk membebaskan mereka pagi tadi.

“Siasatan kes ini masih dijalankan dan polis perlu mengambil beberapa tindakan untuk melengkapkan siasatan sebelum menyerahkan semula kertas siasatan kepada pihak pendakwaan,” katanya di sini hari ini.

Pada Isnin lalu, Mahkamah Majistret Ipoh membenarkan permohonan polis untuk menahan reman kesemua suspek berusia antara 30 hingga 70 tahun itu selama tujuh hari.

Difahamkan, siasatan ke atas seorang suspek wanita dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala lapan suspek lelaki pula akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, enam termasuk seorang wanita yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat dalam kenderaan lelaki yang menikam dan menembak seorang anggota polis. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI