fbpx
WEI CHONG (depan) dan Kai Wun kempunan untuk ke suku akhir Terbuka Hong Kong selepas tewas kepada Jhe Huei-Po Hsuan. - AFP

Terbuka Hong Kong: Langkah Wei Chong-Kai Wun tersekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong tidak kesampaian.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Hong Kong Coliseum sebentar tadi, mereka terpaksa akur tewas 17-21, 21-11, 15-21 kepada Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan.

Walaupun turun sebagai pilihan kelima kejohanan, namun Wei Chong-Kai Wun gagal untuk memastikan kemenangan apabila tewas dalam tempoh 45 minit.

Kekalahan itu menyaksikan mereka kempunan untuk mara ke suku akhir buat kali keempat berturut-turut selepas melakukannya pada Terbuka Jepun, Terbuka China dan Kejohanan Dunia.

Wei Chong-Kai Wun bangkit mencatat kemenangan di set kedua, namun beregu lawan nyata lebih bersedia dan menampilkan aksi lebih kemas di set penentuan.

Beregu No.6 dunia itu kini memiliki masa beberapa hari bagi melakukan persiapan menjelang kejohanan China Masters yang bermula 16 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN