fbpx
Qasrina mengakui perasaannya tercalar dilemparkan pelbagai kecaman seolah-olah dia tidak layak menggalas karakter adaptasi sebuah novel popular itu.

‘Buat saya down, netizen main kutuk fizikal, bukan lakonan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Didakwa fizikal jadi ‘tiket’ mendapat watak utama dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure, pelakon Qasrina Karim mengakui perasaannya tercalar dilemparkan pelbagai kecaman seolah-olah dia tidak layak menggalas karakter novel popular itu.

Katanya, ketika episod awal drama bersiri siaran Astro itu menemui penonton sudah timbul komen menghiris hati yang tertumpu kepada keadaan fizikalnya, bukan mengenai hasil lakonan sebagai Husniya Radwa.

“Memang ketika Thariq Ridzuwan: His Treasure disiarkan banyak komen negatif daripada netizen yang buatkan saya ‘down’ (tertekan). Mereka kutuk bukan pada lakonan tapi fizikal saya.

“Saya manusia biasa ada hati dan perasaan. Saya bukan robot. Mesti rasa sedih sebab saya berikan sepenuh hati untuk karakter wanita bernama Husniya Radwa.

“Apabila ada yang cakap saya dapat watak ini sebab fizikal saja iaitu rendah dan ada lesung pipit bukan sebab lakonan saya, tentu saya terkilan dan buat hati berbolak-balik.

“Lakonan adalah pekerjaan yang meminjam rasa, main dengan perasaan, jadi macam mana saya nak masuk set penggambaran dengan perasaan yang negatif,” katanya ketika ditemui usai tayangan episod akhir bersama peminat, di sini, semalam.

Kongsi pelakon berusia 29 tahun itu, tekanan sebenarnya dirasai sejak awal penggambaran bermula sekali gus memberi kesan terhadap lakonan terutama dalam menjiwai watak Husniya Radwa.

Bagi mengelakkan gangguan selain mengikut saranan pengarah, Eyra Rahman, dia memilih untuk menyekat akaun yang meninggalkan kecaman.

“Ketika tempoh awal drama bersiri ini disiarkan memang saya ada baca komen sebab nak perbaiki jika ada yang kurang untuk produksi seterusnya.

“Tapi selepas tengok bukan fasal kerja yang dikritik, saya terus elak kerana tekanan sebegitu mungkin antara punca saya tidak jumpa rentak Husniya Radwa pada episod terawal.

“Ini berlarutan sehingga pengarah suruh saya berhenti baca komen negatif sebab takut bagi kesan kepada saya dalam penggambaran yang masih berlangsung ketika itu.

“Kemudian banyak juga akaun yang saya sekat dan di TikTok pula saya kena tekan ‘uninterested’ agar tidak muncul di ‘wall’,” ujarnya.

Selain Qasrina, drama bersiri adaptasi novel popular itu turut membariskan Meerqeen, Evertss Gomes, Edaman Othman, Thompson Goh dan pempengaruh, Nasuha. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI