PETALING JAYA – Beberapa kawasan di empat negeri dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat hingga pukul 9 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), amaran itu melibatkan Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
“Hampir keseluruhan negeri Terengganu termasuk Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, manakala di Pahang adalah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin,” ujarnya.
Antara kawasan lain yang terlibat adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,
Seterusnya di Sabah, Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Beluran) turut terjejas. – KOSMO! ONLINE














