JAKARTA – Seorang pensyarah di Indonesia menerima kecaman ramai selepas mengasari pegawai perubatan kerana tidak berpuas hati apabila isterinya disaran untuk bersalin secara pembedahan ‘caesarean’, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Semarang, wilayah Jawa Timur.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @dinaskegelapan_kotasemarang menunjukkan lelaki terbabit menghina seorang doktor dan bidan di dalam wad bersalin.
Pakar anestetik itu turut dipukul sehinggakan bidan ketakutan ketika merawat pesakit.
Lelaki tersebut dikenal pasti sebagai pensyarah di Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Agung (Unissula).
Naib Rektor II Unissula, Dedi Rusdi tampil menjelaskan bahawa pertelingkahan itu telah diselesaikan secara baik.
“Keluarga pesakit telah memaafkan doktor dan bidan yang bertugas,” kata Dedi.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.
“Bersalin memang sakit, kalau tak mahu rasa sakit jangan hamil,” kata seorang netizen. – AGENSI