fbpx
Keadaan motosikal jenis Honda ADV160 yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Samaruzaman di KM 29, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

Bilal dalam perjalanan mahu azan subuh maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Perjalanan seorang bilal untuk mengazankan solat subuh di Masjid Bukit Perah bertukar tragedi apabila dia maut dalam nahas di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Bukit Perah, Ajil di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.05 pagi itu, mangsa, Samaruzaman Ismail, 66, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, ketika kejadian, warga emas itu dalam perjalanan ke Masjid Bukit Perah dari rumahnya yang terletak berhampiran.

“Mangsa pergi ke masjid dengan menunggang motosikal Honda ADV160. Setibanya di lokasi kejadian, motosikal itu hilang kawalan sebelum berbabas dan merempuh pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Mayat Samaruzaman dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN