fbpx
Tun Mahathir

SPRM dapatkan maklumat aset Tun M di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)kini sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berhubung aset dimiliki oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, buat masa ini, siasatan terhadap Dr. Mahathir masih berjalan.

“Siasatan terhadap Dr. Mahathir masih lagi dijalankan dan SRPM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar, terutama daripada pihak berkuasa UK berhubung aset-aset yang dimilikinya.

“Sekiranya maklumat berkenaan diperoleh, kita akan maklumkan kemudian,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azam dilapor mendedahkan bahawa Dr. Mahathir ialah antara individu berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.

Susulan itu, dua anak Dr. Mahathir, Mirzan dan Tan Sri Mokhzani, juga diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Selain itu, media melaporkan Mokhzani turut disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.- KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN